Thursday, September 20, 2007

Misai Kuching











Nama Botani: Orthosiphon Stamineus
Nama Lain: Remujung, Kumis Kucing (Indonesia), Java Tea (Inggeris)

Tanaman ni saya tanam di dalam pasu dan polybag, ada beberapa rumpun saya tanam. Jikalau kesempatan, saya akan minum air rebusan daun misai kucing ni. Saja suka suka minum, rasanya agak sedap dan berbau harum. Kebiasaannya isteri merebus air ni bersama bunga ros yg ditanam sendiri.

Khasiat:
Diketahui umum bahawa pengambilan air rebusan misai kucing dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yg berlebihan, membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi dan mengandungi kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Maka umum menganggap bahawa misai kucing berkesan merawat dan mencegah kecing manis, darah tinggi, batu karang dan gout.

Kaedah pengambilan
1. Air rebusan daunnya digunakan untuk membantu merawat penyakit batu karang pada pundi kencing
2. Air rebusan daunnya bersama pokok dukung anak diminum untuk membantu merawat sakit buah pinggang.
3. Air rebusan daunnya bersama pokok hempedu bumi diminum untuk membantu merawat kencing manis.
4. Air rebusan daunnya bersama kulit betik diminum untuk merawat kebas-kebas sendi.
5. Air rebusan daunnya bersama kayu manis dan sedikit gula batu diminum untuk mengubati batuk.
6. Air rebusan daun misai kucing diminum untuk merawat darah tinggi dan untuk melawaskan buang air kecil.
7. Untuk membantu merawat penyakit kulit, daunnya diramas dan ditampal pada bahagian kulit yang mengalami masalah.

Monday, September 10, 2007

Patawali










Nama Botani: Tinosprora Tuberculata
Nama Lain: Akar Seruntum
Famili: Menispermaceae

Pokok ni saya tanam di belakang rumah, baru hendak menjalar. Mereka kata rasanya pahit.

Khasiat:
Air seduhan batang patawali diminum bagi membunuh cacing dalam perut sementara air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi merawat cholera, juandis, darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat kudis buta dan luka. Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan patawali secara berterusan akan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.
(sumber: web mardi)